Wednesday, 3 February 2016

Majlis Ilmu Pertama OBWSAS2016 - Ceramah Motivasi Ip Man Melayu


3 Feb 2016 - Siri Ceramah Ilmu OBW2016
==================================
Krantz8791 bekerjasama dengan pihak Sekolah SAS untuk mengadakan Siri Ceramah Ilmu. Ceramah Pertama khas buat Pelajar sekolah, malam ini, 3hb Feb 2016 akan disampaikan oleh Saudara Kahar Saidun, seorang pengamal dan pakar seni pertahanan diri Wing Chun.

Ceramah bertajuk "Unleashing the Race to Success" dengan dua objektif utama iaitu untuk membantu pelajar SAS untuk mengawal masa depan mereka sendiri dan belajar bagaimana untuk menjadi seseorang yang PROAKTIF.

Berpengalaman luas dan mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang motivasi serta NLP, kami berharap adik-adik di SAS akan mendapat manfaat daripada perkongsian oleh Senior dan Sifu mereka ini.

Amiin.

p/s: Jemput hadir jika ada kelapangan ya. Untuk yang berminat. Kami tak cadang untuk ramai Old Boys yang hadir. Tapi bagi yang betul-betul berminat, boleh hubungi saya (Amir Hamdzan) di 011-2882 0890 agar boleh kami maklumkan kepada pihak sekolah.

IT HAS BEGUN!

#WhatIsYourLegacy
#OBWSAS2016

No comments:

Post a Comment