Thursday, 24 March 2016

PENGUMUMAN PENTING tentang PERUBAHAN ACARA OBW 2016


PENGUMUMAN PENTING tentang PERUBAHAN ACARA SUKAN dan penglibatan Pelajar SAS semasa OBW 2016
===========================
1. Beberapa hari lepas KPM telah mengeluarkan pekeliling "Aktiviti luar tidak dibenarkan" kerana cuaca panas.
2. Implikasinya, Karnival SAS tidak dapat diadakan. Maka tiada gerai untuk disewa oleh OB SAS.
3. Pelajar juga tidak boleh sertai atau terlibat aktiviti outdoor semasa OBW. Oleh itu beberapa acara outdoor seperti Ragbi, Bolasepak dan StrongMan terpaksa dibatalkan. Basketball dan Volleyball diteruskan tetapi hanya melibatkan OB.
4. Acara sukan yg dibatal akan digantikan dgn acara Indoor seperti snooker, pingpong, badminton dan Telematch.
5. Acara lain seperti Forum Kerjaya dan Dinner OBW akan berjalan seperti dirancang.
5. Segala kesulitan amat dikesali.

Krantz selaku penganjur OBWSAS2016 tetap komited untuk melaksanakan OBW kita tahun ini. SOKONGAN PADU old boys SAS amat dihargai.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Saudara Amir Hamdzan di 011-2882 0890.

Harap Maklum.

Sekian, terima kasih.

#OBWSAS2016
#WhatIsYourLegacy?
#PerjuanganDiteruskan

Monday, 22 February 2016

Tentang Pemilihan Tema "LEGASI" OBW SAS 2016


Tentang Pemilihan Tema "LEGASI" OBW SAS 2016
=======================================

Tema OBW SAS 2016 = LEGACY/LEGASI.

WHY?

Sila rujuk gambar.........

Tajuk Buku 'Think and Grow Rich' tulisan Napoleon Hill. Buku terlaris sepanjang zaman dengan lebih 100 juta buah terjual di seluruh dunia.

Sinopsis dan review di kulit belakang buku adalah contoh terbaik tentang makna perkataan keramat LEGASI/LEGACY yang menjadi TEMA OBWSAS2016.

Simply said, Men created HISTORY and LEFT a LEGACY.

Nak create history, apa yg kita buat itu perlulah LUARBIASA dan BERMANFAAT buat pewaris kita iaitu generasi baru SASSIANS.

Bila action kita LUARBIASA, barulah menjadi SEJARAH, yang boleh diTINGGALKAN sebagai LEGASI kita.

In short, legasi kita tulah yang akan buat orang INGAT kat kita bila kita dah tiada di sesuatu tempat tu untuk sementara waktu atau selama-lamanya.

"Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan LEGASI"

#WhatIsYourLegacy
#OBWSAS2016

Pendaftaran OBWSAS2016 Kini DIBUKA!!!



Pendaftaran OBWSAS2016 Kini DIBUKA!!!
==============================
Sila klik pada link berikut untuk mendaftar.

→ http://obw2016.blogspot.my/p/borang-pendaftaran.html

#WhatIsYourLegacy
#OBWSAS2016

Wednesday, 3 February 2016

Majlis Ilmu Pertama OBWSAS2016 - Ceramah Motivasi Ip Man Melayu


3 Feb 2016 - Siri Ceramah Ilmu OBW2016
==================================
Krantz8791 bekerjasama dengan pihak Sekolah SAS untuk mengadakan Siri Ceramah Ilmu. Ceramah Pertama khas buat Pelajar sekolah, malam ini, 3hb Feb 2016 akan disampaikan oleh Saudara Kahar Saidun, seorang pengamal dan pakar seni pertahanan diri Wing Chun.

Ceramah bertajuk "Unleashing the Race to Success" dengan dua objektif utama iaitu untuk membantu pelajar SAS untuk mengawal masa depan mereka sendiri dan belajar bagaimana untuk menjadi seseorang yang PROAKTIF.

Berpengalaman luas dan mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang motivasi serta NLP, kami berharap adik-adik di SAS akan mendapat manfaat daripada perkongsian oleh Senior dan Sifu mereka ini.

Amiin.

p/s: Jemput hadir jika ada kelapangan ya. Untuk yang berminat. Kami tak cadang untuk ramai Old Boys yang hadir. Tapi bagi yang betul-betul berminat, boleh hubungi saya (Amir Hamdzan) di 011-2882 0890 agar boleh kami maklumkan kepada pihak sekolah.

IT HAS BEGUN!

#WhatIsYourLegacy
#OBWSAS2016

Tuesday, 26 January 2016

26 Jan 2016 - Video Teaser OBW2016

26 Jan 2016 - Video Teaser OBW2016
=============================

Jom tonton video ni......

LAYANNNNNN

p/s: Pendaftaran belum dibuka ya...hehehe Sori....bagi kami seminggu in shaa Allah. Kami akan umumkan. Selepas dibuka, ada 10 hadiah Early Birds untuk Pendaftaran.

Harap Maklum.

Jangan marah hah. Siapa marah kena jual. ;)

25 Jan 2016 - Start TRAINING bro!



25 Jan 2016 - Start TRAINING bro!
==========================
Pencarian Strong Man dari kalangan Sassian (old boys dan students) akan bermula pada 2hb Apr 2016 tu nanti.

Jadi, mula training dari sekarang bros semua!

Hadiah lumayan menanti pemenang!

24 Jan 2016 - Apa yang ADA masa OBW2016?



24 Jan 2016 - Apa yang ADA masa OBW2016?
==================================
Salah satu daripada event menarik → STRONGMAN

Old boys VS Students SAS

Ada BERANI?

Siapa berani say "I" atau "Saya" atau "Gua" dll

#OBWSAS2016

p/s: Sesiapa yang nak join tu nantikan details ya. Kami akan masukkan dalam Borang Pendaftaran.

23 Jan 2016 - Pengumuman Tema "LEGASI" OBW2016



23 Jan 2016 - Pengumuman Tema "LEGASI" OBW2016
==========================================
Krantz8791 mempersembahkan "LEGASI" sebagai Tema OBW SAS untuk tahun ini.

Kami percaya setiap daripada kita, Old Boy SAS, melangkah ke SAS dengan Harapan untuk mencari kecemerlangan sebagai seorang pelajar SBP terunggul di Malaysia.

Tak kira sama ada SAS yang kita masuk itu di sebelah kiri (SAS KL) atau di sebelah kanan (SAS Putrajaya), matlamat kita tetap sama.

HARI PERTAMA di SAS tetap tersemat di hati kita, HARI PENUH BERSEJARAH.

Krantz8791 menyeru abang-abang dan adik-adik SASSIANS sekalian untuk mengimbau kenangan HARI PERTAMA di SAS di ruangan ini.......

Pentas perkongsian kini DIBUKA!

Silakan! What's YOUR STORY?

#OBWSAS2016

p/s: Hari Pertama ya, bukan 'Malam Pertama'. ;)

22 Jan 2016 - Pengumuman hashtag OBW



22 Jan 2016 - Pengumuman hashtag OBW
================================
Sukacita dimaklumkan yang kami akan menggunakan hashtag seperti berikut untuk semua posting rasmi tentang OBW2016.

#OBWSAS2016

Jadi sekiranya anda ingin SEARCH apa2 tentang OBW2016, bolehlah guna hashtag tersebut ya.

#OBWSAS2016

Wednesday, 20 January 2016

20 Jan 2016 - Pengumuman Tarikh - Old Boys Weekend - Sekolah Alam Shah - #OBWSAS2016


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه                                        
& Salam Sejahtera kepada semua Warga ASAS,

Pengumuman Tarikh Old Boys Weekend Sekolah Alam Shah OBW2016
==========================================================
Dengan sukacitanya diumumkan bahawa Old Boys Weekend Alumni Sekolah Alam Shah untuk tahun 2016 akan diadakan pada 1 & 2 haribulan April 2016, bertempat di Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya.


Kami berharap dengan pengumuman secara rasmi ini akan dapat menghilangkan tanda tanya dan rasa ingin tahu segelintir daripada kita yang sememangnya tertunggu-tunggu hari OBW untuk kita merapatkan ukhuwah, brotherhood, silaturrahim dan hubungan baik sesama kita.

Perancangan rapi sedang giat dijalankan. Nantikan pengumuman seterusnya selepas ini.

Terima kasih.

Signed,
‪#‎krantz8791‬
‪#‎OBWSAS2016‬

p/s: Dah boleh ISI BORANG CUTI tu ya! Datang jangan tak datang! Ada banyak NICE SURPRISES untuk semua yang hadir.